Pengenalan Syarikat Kami

MATLAMAT KAMI IALAH ALLAH


Best Halal Choice ditubuhkan untuk mengumpulkan produk2 Halal terbaik untuk kegunaan org muslim. Dari lambakan pelbagai produk Halal yang ada di pasaran, kami mencari yang terbaik, yang paling dekat dengan saranan Islam, yang paling di yakini, tiada syubhah, keluaran Muslim dan Bumiputera, tiada bahan kimia merbahaya dan terbaik dari sudut kesihatan.

Hidup Perlu Ada Matlamat . Begitu juga dengan penubuhan Best Halal Choice. Bagi kami,kami meletakkan matlamat beriku dalam perniagaan:

  • Mendekatkan diri kepada warisan sunnah Rasulullah saw yang menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki yang halal lagi diberkati.
  • Mencari redha Allah melalui tuntutan perintah ibadah fardhu ain dan kifayah terhadap Allah.
  • Satu usaha mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan perniagaan yang amanah dan benar bersandarkan Hadith Rasulullah saw :
  • Merupakan secebis usaha dakwah kami untuk mendekatkan orang Muslim kepada produk-produk Halal yang benar-benar diyakini dan TERBAIK.
  • Pusat penyebaran maklumat-maklumat yang tepat dan dari sumber yang sahih, diyakini dan berautoriti berkenaan isu pemakanan umat Islam.
  • Menyebarkan maklumat tentang produk-produk halal yang terbaik buatan Muslim dan Bumiputera dari masa ke semasa.
Tidak sekadar mempromosi produk-produk kami sahaja, malah turut mempromosi produk Halalan Toyyiban , pilihan produk Halal terbaik daripada usahawan Muslim yang lain tanpa komisen dan tanpa ada apa-apa kepentingan untuk kami. Kami niatkan,itu akan menjadi salah satu bekal yang akan berpanjangan setelah kami tiada nanti iaitu ilmu yang kami kongsikan di Best Halal Choice dimanfaatkan oleh saudara – saudara Islam yang lain.

Ingin bersama kami dalam usaha dakwah ini ?
Kongsikan,suggest, promotekan facebook dan blog kami kepada orang sekeliling anda . Ibu bapa,ahli keluarga,saudara mara,sahabat handai,jiran tetangga dan sebagainya. Insha Allah, niatkan seperti kami iaitu ia akan menjadi bekal untuk kehidupan di alam sana selain daripada amal jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh, iaitu dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat.

No Response to "Pengenalan Syarikat Kami"

Post a Comment

Total Pageviews

Followers

About Us