Telekung Solat Dua Lapis
Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Dan solat juga merupakan amalan pertama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Berpaksikan inilah Mukmin's Shoppe ingin mempromosikan telekung solat 2 lapis terutama untuk kaum muslimah. Kenapa 2 lapis? Setiap mukmin sudah pastinya ingin mempersembahkan ibadah yang terbaik buat Tuhannya. Kesempurnaan ibadah itu adalah ekspresi cinta seorang hamba untuk Khaliknya.Apatah lagi dalam ibadah solat, iaitu ibadah yang paling utama dan merupakan saat kita 'berdua' dengan Allah,maka kesempurnaan dan tertibnya haruslah kita jaga. Untuk memastikan setiap ibadah itu sempurna,perlu kita ada ilmu tentang syarat sah dan rukun-rukunnya. Antara syarat sah solat ialah menutup aurat. Inilah tujuan telekung solat 2 lapis ini adalah untuk memastikan aurat kita terjaga dengan lebih semprna semasa menunaikan solat. Apa kelebihannya? - boleh dijadikan hadiah pertunangan, hantaran perkahwinan, hadiah harilahir sahabat2, ibu atau ibu mertua, hadiah penghargaan pada seseorang, hadiah sempena hari raya,hari Ibu, hadiah hari Guru dan sebagainya. - amat mudah untuk dibawa bermusafir. Hanya bawa telekung 2 lapis (tanpa perlu membawa kain) dan stokin (lebih mudah jika menggunakan stokin wudhuk) untuk menunaikan solat dimana-mana. - Hati lebih tenang dan yakin dengan menggunakan telekung solat 2 lapis ini kerana yakin aurat kita terjaga semasa solat. Dengan ini boleh membangkitkan semangat ingin beribadah dengan sempurna. - Boleh dijadikan sebagai satu bentuk amal jariah dengan cara kita mewakafkan telekung solat ini ke masjid-masjid, surau, di rumah anak yatim dan sebagainya. Selagi mana ada orang menggunakan telekung solat ini untuk beribadah kepada Allah,selagi itulah pahalanya turut menambah bekal amalan kita diakhirat nanti. pahalanya tetap akan berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia. - Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Apa ciri-ciri telekung solat ini? * 2 lapis (anggaran hingga pergelangan tangan) *Tidak panas dan tidak jarang * Berkualiti dan tahan lama (kain 100% cotton) * k saiz M dan L sahaja * warna corak bahagian tepi dan bahagian tengah terhad kepada putih,merah jambu,hijau, purple atau biru * kain tidak mempunyai corak * kain bergetah untuk keselesaan pengguna semasa rukuk dan sujud
No Response to "Telekung Solat Dua Lapis"
Post a Comment